Wednesday 2 April 2014

Belajar online business lah pulak.. ^_^

Assalamualaikum.. ada sape-sape tak yang pernah involve dalam online business? hee ana baru je nak melibatkan diri.. sikit-sikit lah kan.. in shaa Allah mana nak tau ada rezeki dekat sini kan.. okay lah.. kita straight to the point.. kihkih :P ana nak cerita mengenai produk kesihatan.. pernah dengar Doublestemcell? kejap ana masukkan gambar kejap.. hee 


haa.. ni lah Doublestemcell.. alhamdulillah sejak ana amalkan ni.. ana punya migrain dah kurang.. darah tinggi ana pun okay.. ana tak mudah letih.. and senang sangat nak bangun pagi.. ni bukan produk untuk kurus ye.. nope nope!! hehe ni lebih kepada kesihatan kita.. in shaa Allah kalau kita bantu diri kita Allah tolong permudahkan.. jangan risau.. produk ni ada jaminan.. dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.. 

kelebihan produk ni? ehh macam-macam tau.. kejap ehh ana listkan.. :D

kebaikan Double Stem Cell untuk semua

Membantu mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka. 
Membantu menguatkan sendi dan tulang. 
Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit. 
Membantu bertindak sebagai anti penuaan dan antioksidan untuk 
        menjaga kesihatan dan jantung. 
Mengurangkan risiko kanser. 
Membantu meningkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan. 
Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen 
       tersendiri. 
Membantu menjadikan kulit gebu, halus, licin, anjal dan menjaga 
       kelembapan kulit agar kulit sentiasa segar dan bermaya. 
Melindungi kulit daripada terkena cahaya UV berlebihan yang boleh 
       merosakkan sel-sel kulit


ni pulak cara nak makan Doublestemcell ni.. haaa ada cara tau.. kena tau jugak.. :)



















KEAHLIAN PERCUMA
DAFTAR KEAHLIAN
Peluang anda untuk memajukan diri dari segi ekonomi terbuka luas dalam syarikat Phytoscience. Semua individu yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar sebagai ahli untuk mendapat harga diskaun yang hebat. Terdapat 3 pilihan status yang ditawarkan dalam pendaftaran iaitu :

SILVER ( MINIMUM PEMBELIAN RM270 )

GOLD (PEMBELIAN PRODUK SEBANYAK RM1620)

MOBILE ( PEMBELIAN PRODUK SEBANYAK RM5400)


SYARIKAT
MAKLUMAT SYARIKAT
Phyto Science Sdn Bhd HQ Address: PHYTO SCIENCE SDN BHD (1013730P) (AJL932039) Block B, 5-1-4, Megan Salak Park, Jalan 1/125e, Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur. Tel: +603 9054 5250 Fax: +603 9054 6250 Email:info@iphytoscience.com

Product Liability Insurance RM3,000,000.00
MSIG insurance policy number: SM-08541934-PRL

KKM reference number
Our product DOUBLE stemcell from KKM reference number is KKM-163/S/25 Jld.214.


PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Berkenaan isu Halal produk Double Stemcell :
Perkara ini dianggap selesai setelah Pihak JAKIM dan Phytoscience Sdn Bhd telah bermesyurat bersama pada tarikh 22 Januari 2014. Diputuskan tiada kesalahan yang dilakukan pihak Syarikat dan tiada Denda sebanyak RM200 ribu dikenakan seperti yang disebarkan sesetengah pihak di laman web dan blog. Pihak syarikat hanya perlu mencetak Manufactured by Bioalpha International Sdn Bhd & Marketing by Phytoscience Sdn Bhd di kotak produk. Dengan ini, tiada lagi isu halal....ALHAMDULILLAH..


opsss lupa nak bagitau..if nak tau lebih details add facebook ana ye.. nnt ana cte lagi details..tekan je link facebook ana tu ye.. :D okay.. Assalamualaikum kawan-kawan.. ^_^ syukran..





Friday 28 February 2014

Perubahan sedikit demi sedikit..

Assalamualaikum..jam sekarang ni menunjukkan dah nak dekat pukul 5 a.m.. ana still tak boleh tidur lagi..hurmm tak mengantuk lagi agaknya mata ni -_-" nazak lah esok ni..huhu perubahan? apa yang nak dilakukan dalam diri kita? tu yang sedang ana fikirkan sekarang ni..tak tahu kenapa tiba-tiba soalan mcm tu boleh timbul.. maybe peningkatan umur kot.. hehehe tak kiralah perubahan yang kita lakukan tu besar or kecik..kita as manusia kena ada matlamat nak berubah.. daripada yang tak baik kepada yang baik.. and daripada yang baik kepada yang lebih baik and begitulah seterusnya.. perubahan tu tak boleh lah buat secara mendadak..kenalah buat secara perlahan-lahan..tapi kenalah konsisten.. baru seiring dengan niat asal kan.. huhu

kenapa tiba-tiba? sebab ana suka tengok kawan-kawan ana berubah ke arah kebaikan.. in shaa Allah ana akan ikut jejak langkah dorang suatu hari nanti.. hehe for those who change a lot.. please keep it up.. I will support you any time and in shaa Allah I will follow your step..




the person I adore until today.. ^_^
keep it up dear.. along always support you.. Fi Hifzillah.. <3

Tuesday 21 January 2014

Pengalaman Berharga Sepanjang 2013..

Assalmualaikum kawan2 sekalian..hehehehe  *bajet macam ramai je yang baca blog ni kan.. hee uihh blog ni bukan je bersawang malah berhabuk dan berdebu..tiup pun tak hilang jugak ni.. *fuhhh fuhhh tiup sekuat hati..haha maaf sebab dah lama tak hupdate blog ni..bukan malas.. tapi masa tak mengizinkan.. pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang 2013..hmmm  rasa-rasa apa ye? *garu-garu kepala... hee macam-macam yang dah ana lalui..daripada yang manis sampailah yang pahit..macam-macam.. tapi pengalaman yang paling ana tak boleh lupa ialah bekerja di Jabatan Pembangunan Kemahiran dekat Putrajaya.. even pekerja sambilan je pun ana dapat satu pengalaman baru yang sangat menarik.. dekat situlah ana kenal dengan macam-macam karenah orang yang bekerja ni.. ada yang menyokong.. ada yang mengata di belakang.. ada yang membodek bos.. ada yang depan cakap lain belakang cakap lain dan macam-macam lagi lah.. tapi tu semua dugaan yang Allah bagi kepada ana sepanjang ana kerja dekat situ..

Sepanjang tempoh 6 bulan dekat JPK ana gembira sangat sebab kebanyakan orang sekeliling baik dengan ana.. mula-mula memang lah kan pandang ana sebelah mata tapi bila lama-lama seronok sangat.. bila duduk di bawah bahagian pentadbiran ni macam-macam event kena pergi.. dari situ pengalaman paling manis yang tak dapat ana lupakan.. terima kasih warga JPK sebab selama ni dah banyak tolong ana..n\beri tunjuk ajar dan bimbingan..daripada ana zero..tak tahu apa-apa pasal office sekarang ni adalah sikit untuk dijadikan satu advantage buat ana bila nak apply kerja tetap nanti.. ^_^ *ana masukkan sedikit gambar ye..heetengoklah betapa seronoknya ana..


office JPK

bahagian ana bekerja.. ^_^

bos ana..even selalu ada kerja luar dia tak pernah lupa anak-anak buah dia..
En. Omar the best!!! 

event Jamuan Hari Raya JPK.. orang-orang pentadbiran..

orang yang paling sporting dalam office.. Khairool Aziman.. hehe

bersama CC Anita.. Kak Tie.. Kak Farah..

ana suka akak ni..akak paling cantik dekat office.. hehe Kak Ieda.. ^_^
event KEKK di MAEPS..

bersama PSH-PSH yang lain.. ^_^

geng PSH di JPK..

hehe.. yang tu je yang mampu ana masukkan kali ni..sekadar perkongsian sedikit dari ana.. in shaa Allah nanti ana masukkan lagi.. even sekejap je ana dekat JPK pengalaman yang ana dapat sangat berharga.. terima kasih warga JPK.. terima kasih sangat-sangat.. ^_^ <3 wassalam..











Saturday 8 December 2012

Sahabat-Sahabat ^_^

Assalamualaikum hai hai hai peeps!!!! kita jumpa lagi ekk..ana tengah tak busy ni boleh lah ana hupdate blog ni..kalau tak memang tak sempatlah kan..ana busy nanti..maklumlah nanti ana sibuk dengan assignment yang berlambak and test lagi..hurmmm *sigh okay..sekarang kita lupa sekejap pasal assignment *sekejap je lah..kikikiki :) kali ni ana nak cerita pasal sahabat-sahabat ana..RINDU SANGAT!!!! lama kot tak jumpa dorang.. :'( sedih..nak-nak sekarang ni kebanyakan dari dorang dah sambung belajar..lagi susahlah ana nak jumpa dorang..waaaaaaaa sedih!!!! nak kenal tak dengan sahabat ana..jap ekk..ana uploadkan gambar dorang.. ^_^

firstly..ni lah sahabat baik ana..FARAHAH KUSSENAN nama dia..comel kan?? ^_^ kami dah kenal lebih kurang 8 tahun dah..baik buruk semua ana dah tau..biasalah kita semua masing-masing ada baik buruknya..tapi yang buruk tu lah menjadi penguat persahabatan kami..kami saling memahami..serius ana happy sangat bila ana dengan Farahah..dia boleh buat ana tersenyum bila ana sedih..boleh buat ana ketawa bila ana ditimpa masalah and yang paling penting Farahah tak pernah marah kalau ada perbuatana ana yang menyakitkan hati dia..Farahah seorang yang sangat tabah.. ^_^ ana sayang sangat Farahah..ana harap ana dengan Farahah akan berkawan hingga ke Jannah..insyaALLAH..

ha...yang ni pulak ADYPUTRA SINAGA..hehehehe comel kan kami?? kami takde apa-apa ekk..kami hanyalah kawan..Adyputra ni sangat kelakar..ana suka sangat kawan dengan dia..bila ana tension je ana suka kol dia..dia paham sangat dengan ana..hee dia selalu kacau ana..kalau orang tak tahu yang kami ni kawan mesti orang ingat kami ni "couple" hehehe yelah kami sangat rapat..sangat-sangat rapat..yang Adyputra ni pulak suka sangat manja-manja dengan ana..gedik sangat dia ni..heee ^_^ apa pun yang penting ana dengan dia kawan..yang tu terbaik buat kami masa sekarang ni..ana sentiasa doakan dia supaya dia berjaya dunia akhirat..aamiin...

ha..yang comel-comel ni pulak sahabat-sahabat ana masa sekolah menengah..yang sebelah kiri sekali tu Farahah.. *dah kenal kan tadi..hee yang sebelahnya pulak..yang tinggi tu nama dia NADIAH HAMZAH..dia sekarang ni belajar dekat UIA..seronok kan?? degree dah dia sekarang..ana panggil dia Nanad..sebab nama ktorg sama..hee Nanad ni dari dulu sampai sekarang sama je perangai dia..still dengan perangai dia yang kelam-kabut *but comel ^_^ dia kalau apa-apa suka sangat cerita dengan ana..dia dah anggap ana ni macam kakak dia..sebab ana ni tua 7 bulan dari dia..hee ana harap Nanad boleh buat yang terbaik kat UIA..ana tahu Nanad boleh..jangan stress ye..ana selalu doakan Nanad..gud luck yunk.. <3 ok..yang hujung sekali sebelah kanan tu pulak..SAKINAH AZHAR..Kina ni sangatlah riuh and bising..suka sangat kawan dengan dia..kalau dia ketawa mak aiiii bergegar dunia..hahahaha dia sangan sempoi tak kiralah dengan siapa-siapa pun..senang sangat kawan dengan dia..hihihi Kina sekarang ni tengah tunggu tawaran belajar..dia baru je habis STPM baru-baru ni..sabar ye Kina..ana doakan Kina cepat sambung belajar and boleh degree dengan Nanad,, ^_^ <3 u Farahah, Nanad and Kina.. *miss them badly :'(

okay..yang budak comel dua orang ni pulak tersangatlah rapat *masa sekolah dulu but now masing-masing dah jauh.. yang sebelah kiri tu nama dia NORDINA SHARIF..comel je dia..kecik je orangnya..tapi tersangatlah bising..kalau bercakap mengalahkan orang yang besar lagi dari dia..kikikiki Dina ni pulak belajar dekat UiTM, Johor..amik kos banking.. jauh kan?? rindu sangat kat budak kecik ni..dah lama dia menghilang..tak contact ana pun..sedih je..ana telefon tak pernah nak angkat..mesej lagilah..sedih.. ana rindu nak borak-borak panjang dengan Dina tapi Dina sibuk..ana paham..nanti lepas kita grad kita lepak-lepak ye..miss u.. :'( yang sebelah kanan tu pulak NUR'EZA ZAINAL..haaaa!!! Eza ni tersangatlah kelakar..kalau duduk lepak dengan dia..tak pernah kering gusi..asyik dengar dia buat lawak je..hahaha apa benda yang keluar dari mulut Eza mesti buat kami semua gelak..ana rindu nak dengar Eza buat lawak..hee Eza ni pulak belajar dekat Politeknik Kelantan..amik  kos ukur bina bahan.. *rindu rindu

okay yang tengah tunduk tu nama dia MUSTAFA AHAMAD.. *ignorekan yang sebelah kanan tu ekk..sorry lah Ady..kau glamour jap..hee yang si Mustafa ni pulak..ana lama gila tak dengar cerita dia..lagi lama dari Dina..ana tak tahu dia buat apa sekarang belajar ke keje ke..diam terus..kawan-kawan ana cakap dia keje sekarang..tapi tak tahu kat mana..takpelah ana paham dia mungkin sibuk sekarang..takpelah..ana harap Mus tak lupa kami dah lah..dah lama kawan kan..sayang kot..huhuhu ana suka kawan dengan Mus ni..kelakar ada..garang ada..tegas kadang-kadang..dari form 3 sampailah form 5 ana sekelas dengan dia..perangai dia semua ana tahu..hahahaha ^_^ rindu sangat nak kenakan dia..hehehe ana selalu doakan Mus sihat and bahagia dengan orang tersayang..ana dengar Mus nak kahwin..nanti jangan lupa ajak ana ekk..ana rindu sangat-sangat nak lepak-lepak dengan Mus.. :'( 



p/s: lately selalu teringatkan korang semua..MISS YOU ALL BADLY!!!! hope satu hari nanti kita dapat jumpa..nad selalu doakan korang dapat apa yang korang impikan dalam hidup korang.. ^_^ jangan lupakan nad ekk..nad sayang korang sangat-sangat..korang sahabat terbaik pernah nad ada and jumpa.. <3 <3 

-NADTASYA-






Thursday 6 December 2012

New Sem

Assalamualaikum!!!! yeahhhh!!!! bertemu kembali yeahhh!!!!! *mcm papa rock pulak hurmmm that the title gonna be shared with u alls..NEW SEM!!! salah satu sem yang paling gembira dan palin sedih..campur-campur..huhuhu :'( gembira sebab dah nak habis..sedih sebab nak tinggalkan JENGKA dan kawan-kawan UiTM... hopefully this sem okay je..banyak kenangan pahit manis kat sini..kat sini baru ana belajar erti kehidupan..kenal ramai kawan..pelbagai jenis kawan..so kita kena pandailah pilih kawan..hehehe

alhamdulillah..dengan berkat usaha ana sem lepas ana dapat apa yang ana nak selama ni..mama abah nak selama ni..kejayaan anak-anak dorang.. ^_^ aamiin hopefully this sem i can achieve it again.. so sem baru ni let's fight until end!!! chaiyok!!!!!

p/s: insyaALLAH kita semua boleh berjaya..nad selalu doakan sahabat-sahabat nad.. ^_^ walau apa pun jadi kita still kawan sampai bila-bila..insyaALLAH sampai ke Jannah..buat adikku Husaini Hisham go go go!!! aku tau kau bole buat..aku sentiasa doakan kau.. <3 sayang kau.. ^_^

Thursday 11 October 2012

Mimpi??

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..hihihi ishhh ishhhh lamanya ana tak hupdate blog ni..berhabuk gila..puhhh puhhh hilanglah semua habukk!!! *tiup tiup laptop ^^, hurmmm kali ni ana nak cerita pasal MIMPI??? apa yang kalian fikir kalau ana cakap pasal MIMPI?? hehehe seram tak seram tak??? hahaha takde papelah just ana beberapa hari ni dok mimpi pasal someone ni..padahal dah lama kitaorang tak contact or jumpa..adakah ini rindu??? kwang kwang kwang *amboi gatai no

serius owh..bila teringat mimpi tu mesti rindu dekat dia..kawan ana masa ana darjah 6.. 8 tahun dia dah tinggalkan ana..kawan lama yang tak dapat ana lupakan..banyak kenangan pahit manis ana dengan dia..tapi sayang ALLAH lebih sayangkan dia daripada ana sayangkan dia..ana kena tabah..ana harap sangat dia ditempatkan di syurga..insyaALLAH.. ^^, dah dah..jangan tulis lebih-lebih..nanti nangis..hihihi

p/s: sedekahkan AL-FATIHAH buat kawan ana ye sahabat-sahabat.. ^^, semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman..insyaALLAH..

Monday 6 August 2012

JODOH??

* malas nak tulis lah hari ni..nak masuk gambar je.. hee gambar yang cakap mengenai JODOH.. ^^,