Thursday, 11 October 2012

Mimpi??

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..hihihi ishhh ishhhh lamanya ana tak hupdate blog ni..berhabuk gila..puhhh puhhh hilanglah semua habukk!!! *tiup tiup laptop ^^, hurmmm kali ni ana nak cerita pasal MIMPI??? apa yang kalian fikir kalau ana cakap pasal MIMPI?? hehehe seram tak seram tak??? hahaha takde papelah just ana beberapa hari ni dok mimpi pasal someone ni..padahal dah lama kitaorang tak contact or jumpa..adakah ini rindu??? kwang kwang kwang *amboi gatai no

serius owh..bila teringat mimpi tu mesti rindu dekat dia..kawan ana masa ana darjah 6.. 8 tahun dia dah tinggalkan ana..kawan lama yang tak dapat ana lupakan..banyak kenangan pahit manis ana dengan dia..tapi sayang ALLAH lebih sayangkan dia daripada ana sayangkan dia..ana kena tabah..ana harap sangat dia ditempatkan di syurga..insyaALLAH.. ^^, dah dah..jangan tulis lebih-lebih..nanti nangis..hihihi

p/s: sedekahkan AL-FATIHAH buat kawan ana ye sahabat-sahabat.. ^^, semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman..insyaALLAH..

Monday, 6 August 2012

JODOH??

* malas nak tulis lah hari ni..nak masuk gambar je.. hee gambar yang cakap mengenai JODOH.. ^^,





















Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan Buat Semua


Menyelam Minum Air ^^,

Assalamualaikum..hai hai bye bye..hahahaha *macam lagu ezlynn dah.. belum tulis dah bye bye.. :P hurmm perghhhh!!! yang ni lah dikatakan berulat + habuk..hahaha tak nak kalah weyhh.. haishhh ni disebabkan tuan blog ni dah lama dah tak bukak blog ni..bukan malas..nope nope nope.. tapi busy sikit..assignment punyalah sikit *lawan dia >.<  sem ni ana banyak kena buat role play..tak nak kalah role play dia.. sampai 3 role play kena buat.. ehhh ehhh ana ni amik business ke lakonan?? hahahaha agak musyil jugak disitu bila first2 kelas lecturer suruh kami buat lakonan.. =_=" tapi apa nak buat ni kan bidang yang ana sendiri pilih so kena lah buat dengan sungguh2..and you guys know what?? this sem I have to face many challenges.. *amboi bahasa omputeh keluaq dah.. hee okay it's enough for that.. ana tak nak cte pasal masalah ana kat sini..biarlah ana rasa sorang2..lebih baik rasanya dari bukak pekung orang.. ^^,

14/7 hari tu..bersamaan hari Jumaat..ana, Rosa, Dila, Naziroh n Ain turun K.L..but actually bukan K.L sebenarnya..nama tempat yang kami buat temuramah tu Balakong..haaa pernah dengar tak nama tempat tu?? ana first time pergi tempat tu..Balakong tu dekat dengan The Mines..and the most important is tempat tu dekat dengan K.L sebenarnya..hahahaha tak sampai 1 jam pun.. ada bukti tau kami buat temuramah tu..jap ehhhhh...

kami bersama EN.RAZUAN BIN SAMSUDIN (executive HR department)

mula2 masa datang tu agak cuak jugak lah nak jumpa En. Razuan ni..macam garang..tapi sebenarnya dia sangat peramah..macam2 input yang kami dapat..hehehe dah dah..jom kita tengok gambar2 yang lain pulak..ana malas nak tulis dah..hahahaha check this out!!! wassalam.. ^^,

ni lah salah sorang kawan ana yang paling suka amik gambar..hehehe ^^,

naziroh n rosa..kami bermalam di rumah abang rosa..hee *masa ni dok siap2 nak pergi Downtown

haaa..yang kiut miut ni nama dia dila..hehehe :P

and this is Bangunan Sultan Abd. Samad.. ^^,

time ni kami baru balik dari shopping kat Jalan T.A.R

comel tak ana?? hahahaha *promote pulakk

haaa..yang ni paling penting sekali hari tu..kalau dia takde tak ke manalah kami..hehehe <3 rosa

ni dok pose dlm kereta.. hee

haa yang ni pulak ana lah..ana ni jadi pemandu pelancong masa ni..hahaha nasib baik tak sesat.. ^_^


seronok sangat masa ni..tapi tak puas lah jalan2 dengan diaorang..hope nanti ada rezeki nak keluar dengan diaorang lagi..sebab nanti bila semua dah grade tak boleh nak hang out sama2 lagi..mesti rindu zaman belajar kan?? hee yang penting ana sayangg koranggg semuaaaa.. <3 <3 <3 kawan sampai Jannah..insyaALLAH.. 











Thursday, 21 June 2012

MDS Sesi Jun-Okt 2012

Assalamualaikum..hee wahhh!!! berhabuk giler blog ni..heee tuan empunya blog ni tak sempat nak hupdate lah..maklumlah busy sikit sekarang ni..tapi takpe ana dah buang dah habuk2 tu..fuhh fuhhh..hilanglah kau wahai habuk.. ^^, happy je kan ana ni?? mana tak..dah dekat 3 minggu lebih ana ada kat UiTM ni * dari 29 mei 2012 until 8 jun2012..orang lain baru seminggu lebih ada kat sini tapi ana nak dekat 3 minggu..hahahaha yelakan alhamdulillah..ana terpilih untuk jadi OC bg minggu MDS kali ni..ni pengalaman pertama ana kot..dah nak dekat habis belajar baru nak merasa jadi OC kan?? takpelah..sekurang2nya merasa jugak kan?? dari takde langsung..

perkenalan antara OC2 walaupun sekejap ternyata ianya sangat best..ana seronok sangat dapat kenal kawan2 baru..serius tak pernah rasa macam ni..betullah orang cakap "perkenalan yang singkat tu lah yang banyak bagi kenangan daripada perkenalan yang terlalu lama" *waahhhh bermadah pulak ana.. ^^, dah dah..jom lah upload gambar2nye ekkk... ehhh jap2..pada 10 jun 2012..kami para OC ada dinner di De Rhu Beach Resort,Kuantan,Pahang..heee seronok..okay okay..ana uploadkan gambar2nya tau.. ^^,

p/s: thanks sebab dah jadi sebahagian kenangan yang indah dalam diri ana.. <3 <3

kawan2 ana.. ^^,


biro kebajikan pelajar.. ^^,

ana dengan rosa.. ^^,

ain,rosa dan fadilah.. ^^,

fadilah,ika dan ana.. ^^,

ana dengan adik ana.. ^^, hee kami adik beradik dpt jd OC.. 

yang ni pulak kami ada kat Pantai Balok.. ^^,

ana suka gambar ni.. ^^,

and the most precious moment is with them.. <3 <3

De Rhu Beach Resort.. ^^,

hurmm..terasa nak upload semua gambar..tapi apakan daya yang tu je ana mampu..maklumlah line tak berapa nak ok..hee cukuplah situ je ekk..hee thanks ekk.. *ada ke yang baca blog kau ni nadia.. hahaha
#aptb okaylah sampai sini dulu..wassalam.. ^^, <3 <3










Tuesday, 22 May 2012

Gambar Je Bole??

Assalamualaikum peeps!! hehehe hari ni ana terasa nak masukkan gambar je..belajar dari gambar..bole tak?? huhu okay lah..sama-sama kita menikmati gambar di bawah ni ekkk.. ^^, wassalam...annyeong!!!



1.


2.




3.


4..

5.



6.



7.



8.


9.



10.








Monday, 21 May 2012

Wujudnya Nama Tu.

ni lah kawan ana..dari kecik lagi kami berkawan.. *nota: abaikan perkataan bawah tu ekk..

hee..yg ni lah gambar latest kami..masa ni ada kenduri kawan kami kat Masjid Amru Al-as, Bandar Baru Sentul..*amik kauu details aku bagi..hahaha ana sayang gila gambar ni..yela..tak tau bila lagi bole jumpa mamat ni lagi lepas ni..maklumlah kan..nanti dia ada praktikal..ana pulak still ada 2 sem lagi kena teruskan..huhu masing-masing sibuk lepas ni..ana kenal mamat ni masa tadika lagi..masih hingusan lagi *hingus meleleh lagi masa tu..hehehe ^^, masa tu umur ana 6 tahun..ermmm lama dahlah kami kawan ekk?? dekat 14 tahun dah lah.. kelakar owh bila tengok balik gambar lama kami..hee dua-dua muka innocent je..masa kecik-kecik dulu selalu keluar main sama-sama..main lompat tikus lah..kejar-kejarlah..sorok-soroklah..macam-macam..boleh dikatakan setiap hari keluar main..ehhh tapi bukan kami berdua je tau..ramai lagi masa tu..dalam ramai-ramai tu ada seorang chinese tau..gugurl..bila ingat balik masa kecik-kecik dulu kelakar lah..macam-macam benda buat.. ^^, seronok..zaman kanak-kanaklah paling susah nak lupa..takde masalah pun masa tu..maybe ada tapi ana je tak amik port kot masa tu..ingat nak happy je..hik hik

bila masuk sekolah rendah kami dah tak jumpa sangat..yelakan ana sekolah lain mamat ni sekolah lain..so memang tak jumpa sampailah sekolah menengah..masa form 2 or form 3 kot ana tukar-tukar no fon dengan mamat ni..hahahaha kelakarlah masa tu..nama je jiran..tapi no fon pun takde..so since tu kitaorang mesej sampailah sekarang..tak pernah lekang..makin lama kami rapat..jadi kawan baik..masa sebelum ana pindah Batu Muda ni rumah kami bertentangan..dia dok tingkat bawah sekali..ana pulak dok tingkat 2..so kalau dia nak keluar or nak balik Selayang *rumah kedua mamat ni.. dia mesti bagitau ana..ana pun tnggulah dia..tau tak ana buat apa?? hahaha dah jadi kemestian bagi kitaorang kalau nak pergi mana-mana mesti bubye..so ana tunggulah kat balkoni tu..bila lalu je mamat tu bubye ana..ana bubye dia..hehehe kelakar lah bila fikir masa tu..nasib baik lah masa tu budak lagi.. =_='

kitaorang tersangatlah rapat..kalau salah seorang dari kami sambut birthday..mesti ada hadiah..entah kenapa..mesti ada je benda nak bagi..mamat ni amik course Tourism.. so kalau dia pergi lawatan mana-mana mesti dia bawak balik 'buah tangan' kat ana..sampai naik segan ana..macam-macam dia bagi..nak tau macam mana wujudnya nama 'ASHNADIA' tu..hahaha bila fikir balik kelakar owh..mamat tu lah yg buat..ada ke dia kata tu nama anak dia nanti..ASHNADIA MUHAMMAD ASHIQ..hahahahaahaha masa tu ana rasa nak gelak besau je depan dia..tapi nanti dia malu pulak.. :D apa mimpi ana pun tak tau lah mamat tu..apa pun ana happy gila dia paham ana..selama kami kawan ni tak pernah lah dia nak sakitkan hati ana..alhamdulillah..^^, parents dia kenal ana..family ana pun kenal dia..apa-apa senang..bila kita rapat dengan someone tu tak bermaksud kita ni mesti couple or kahwin dengan dia kan?? ana tak pahamlah orang sekarang ni..macam-macam andaian..huh!!! apalah..malas nak layan..yang ana tau kita pandai jaga batas kita walaupun dalam berkawan..kan kan??

p/s: i seronok kenal dengan u..thanks u jadi kawan i..even i ni tak perfect mana..i hope kita jadi kawan sampai bila-bila..i sayang sangat friendship ni..<3 *mamat tu kan MUHAMMAD ASHIQ HAMIDUN... thank you very much u..nanti kita grade sama-sama ekk..tu janji kita kan?? ^^,