Monday, 23 April 2012

Hari macam ni tiba lagi..

Huh!!!! yang ni lah ana tak gemar sebenarnya..hari yang ana paling tak suka akan tiba tak lama lagi..tau tak hari apa?? result lah..ana tak suka sangat..ishhh kenapa lah ada hari macam tu..nanti semua orang pakat2 tanya lah.. "berapa result kau??" "ok??" "dekan kan??" eee yang dekan tak tahan tu..ana tau kemampuan ana...tang dekan tu maybe jauh lagi..bukan masa sekarang ni lagi..belum rezeki ana lagi..hurmm insyaALLAH..suatu hari nanti..result ana keluar Jumaat ni iaitu bersamaan 27 hb April 2012..haihhh insyaALLAH takde yang repeat dan lulus semuanya..sama2lah kita doa..hee



to all UiTM student hope we all get all A's..amin.. ^^,

and insyaALLAH be the DEAN LIST for this sem.. ^^, okayy..bubyeee assalamualaikum...


Bila waktu tu tiba..

hurmm..tiba2 kita terfikir macam manalah nanti kalau salah seorang dari kita kahwin atau bawa hala tuju masing2..ermm mesti sedih gilerr kan?? kita tak tau lah macam mana keadaannyerr nanti..memang lah suatu hari nanti kita semua mesti berpisah punye tapi kita tak sedia lagi untuk semua tu..nak2 dengan awak farahah..awaklah kawan kita dunia akhirat..mesti susah kan nak berpisah dengan awak.. :'( kita dah lama kenal dekat 8 tahun dah kita kenal..macam2 dugaan, suka duka kita..semualah..tak terkira sangat..walaupun kadang2 kita berbalah tu semua tak pernah buatkan persahabatan kita putus malah lebih kuat lagi..kita sayang giler persahabatan ni..susah sangat nak jumpa sahabat yang paham dan sabar layan karenah kita wak.. kita bersyukur sangat2 awak tak pernah patahkan semangat kita..malah selalu jadi tulang belakang untuk kita..selalu jadi pendengar yang setia buat kita bila kita ada masalah..selalu gembirakan kita bila kita tengah sedih..awaklah segala2nyerr buat kita..kita happy sangat2 sebab ada sahabat macam awak..

kita tau wak..kita ni tak sempurna buat awak..tapi kita selalu buat yang terbaik untuk awak..kita tak nak kecewakan awak..kita nak awak selalu rasa kita ni ada untuk awak..kita kawan awak dunia akhirat..kita sayangkan awak..kita dua dah janji kan walau apa pun yang jadi kita dua tetap kawan sampai bila2..kita sentiasa doakan yang terbaik buat awak..awak dengan kita mesti pegang segulung diploma sama2 ekk..ingat tau..walau apa yang jadi kita tetap kawan..

F- Farahah yang baik hati,budi pekerti yng elok..
A-Awak kawan, sahabat kita selamanya
R-Rupa paras tak penting kan?? yang penting hati..kita berkawan kerana keikhlasan..
A-Awaklah pendengar masalah kita yang setia..
H-Harap kita tetap berkawan selamaya..kita sayang persahabatan ni..
A-Awak selalu bagi 'pinjam' bahu awak untuk kita..sangat terharu..hee
H-Harap persahabatan kita selamanya..ingat tau walau apa yang terjadi kita selalu ada untuk awak.. <3 ^^,

*ni lah sahabat ana.. FARAHAH.. <3

k lahh..sampai sini dulu..bubyeeeee assalamualaikum.. ^^,

Saturday, 21 April 2012

Korang...rindulah.. =____="

ana tengah dilamun rindu ni..hurmm..tipulah kalau korang tak pernah rindukan kawan or sahabat karib korang kan???? serius rindu gilerr kat dorang..lama dah tak jumpa..kalau jumpa pun bila cuti semester je..tu pun kalau dorang cuti..kalau tak jangan harap lah kan??


ni lah sahabat2 karib ana..rindunyerr kat korang.. :'(


sekian dulu.. rindu sangat2 kat korang.. :'( assalamualaikum



Monday, 16 April 2012

kan dah kena balik kat awak!!

Assalamualaikum...haii semuaa...lama nyerr ana tak hupdate blog ni..ana baru je habis sem 4..nak masuk sem 5 dah..sekejap je masa ni berlalu..betul kan cakap orang 'apa yang kau buat hari ni nanti akan kena balik kat kau'.. ana percaya dengan kata2 tu..sebab benda tu sekarang ni jadi dekat ana..

masa sekolah dulu ana ada seorang kawan yang merokok..ana beriya marah dia..tak tegur dia sebabkan dia merokok..ana bukan apa ana tak nak dia rosakkan diri dia dengan rokok tu..dekat 3 hari jugak lah ana tak tegur dia..dia pun beriya mintak maaf kat ana..macam2 dia buat..ana ni degil kalau sahabat2 nak tau..apa yang dia buat semua ana buat tak tau je..kesian dia bila fikirkan masa tu..ana ni memang kan?? suka sangat sakitkan hati orang..hurmm

tapi..sekarang ni..adik ana pulak merokok..mula2 ana tau ana marah gila..yelakan ana percaya sangat2 yang dia tak merokok..tiba2 dia buat pengakuan..adushhhh!!!! kena balik kat ana kan?? bagusss buat lagi kat orang kan..sekarang dah kena kat diri sendiri..dekat 2 minggu lebih ana 'suam2 kuku' je adik ana..kalau tak kitaorang happy je bila balik rumah..ni sekarang kitaorang 'dingin' gila..bila dia tegur je baru ana cakap dengan dia..kalau tak,jangan harap lah ana nak tegur dia..nampak kan kedegilan ana kat situ..ana bukan apa..ana nak yang terbaik untuk adik2 ana..ana sayangkan dorang..dorang je ana ada..sedih nyerr..

kalau lah kawan ana tu masih ada dengan ana sekarang ni..ana nak sangat mintak maaf kat dia sebab buat macam tu dulu..ana takde hak nak buat macam tu..ana ni memang teruk layan dia macam tu.. =___='

okayy lahh..ana nak bawak diri yang luka ni.. chewahhh.. assalamualaikum kawan2.. ^^,

Friday, 9 March 2012

Putrajaya here i come.. ^^,

 Assalamualaikum..hai hai..hee semalam ana pergi Putrajaya..rombongan UiTM ke PICC..ada pertandingan debat pidato antarabangsa..punyalah excited..tak pernah kot pergi rombongan under UiTM ni..ni lah first time..hahaha mcm apa entah.. ^^, kami bertolak lepas zohor..kami pergi dengan 2 bas..satu bas untuk komander satu lagi untuk JPK siswa dan ahli2 debat..ana naik bas dengan ahli2 debat ni..hurmm meriah yang amat.. maklumlah semua pakar debat..bising lah bas tu jadi nya..tapi takpelah ana pun cuma menumpang je..ana takde kena-mengena pun..ana cuma memeriahkan keadaan je..orang yang pergi tak ramai so ana hanya meramaikan je..

satu pengalaman baru lah jugak..tak pernah2 join siswa sebelum2 ni..huhu yang penting adik ana ada time ni..hee


haaa..yang nilah calon JPK Siswa yang ada dengan ana semalam..hero malaya kan?? hahaha meh ana kenalkan sorang2.. *dari kiri amir,ariffi,hafeez and husaini..



ada lagi ni..yang ni pulak alfifi and mael.. ^^,

ana kenal dengan dorang lah semalam..alhamdulillah..semua peramah and baik sangat..seronok sangat semalam.. kenangan dengan siswa2 ni..walaupun ada yang umur dia muda dari ana dorang respect ana..ok lah tu kan..ana sampai UiTM dalam pukul 4 pagi tadi..wahh!!! lama kan ana pergi..yelah kan pertandingan tu start kul 8 malam..memang jenuh lah kan..apa2 pun ana have fun kat sana..

oklah sampai sini dulu..nanti ana hupdate lagi yerr.. daaaa~~ assalamualaikum.. ^__________^

Sunday, 4 March 2012

Hanya Allah Yang Tahu.. =__="

 Assalamualaikum sahabat2 sekalian..sihat tak hari ni?? ermm..bosan lah minggu ni..sahabat2 ana semua balik rumah masing2..al-maklumlah study week kan..lagipun gap exam kami lama..dekat 2 minggu jugak lah..hurmm tinggal lah ana sorang2 kat asrama ni..hee ^^,

bila dah duduk sorang2 ni mula lah kan..rindu sana rindu sini..terutamanya family ana kat KL tu..ana rindu sangat2 dekat dorang..lama dah ana tak balik KL..huhu then semalam ana kol kawan ana..serius rindu sangat nak lepak2 dengan dorang semua..masing2 dah sibuk kan sekarang..susah lah nak jumpa..hurmm

ana teringat kan cerita kawan ana semalam..dia ni seorang yang lemah lembut..ana suka sangat berkawan dengan dia..ada seorang lelaki ni sukakan dia..dorang dah kawan since sekolah rendah lagi..tapi masa sekolah rendah dia tak perasan sangat kewujudan lelaki tu.. *kesian kan lelaki tu..kawan ana memang kejam..hehehe masa masuk sekolah menengah je baru lah dorang kenal balik..comel kan..tapi dorang tak terus kenal..masa form 3 or 4 kot dorang baru rapat..tu pun sebab lelaki tu yang join group dia..huhu nampak tak lelaki tu sedaya upaya nak kawan balik dengan kawan ana tu..hehehe bila akhir form 4 barulah dorang rapat..and dorang jadi kawan baik..kawan ana tu tak tahu yang lelaki tu ada feelings dekat kawan ana ni..so kawan ana ni berkawan macam biasa je dengan lelaki tu..

masa form 5 barulah kawan ana ni tahu yang lelaki tu sukakan kawan ana..tu pun nak akhir2 sekolah baru dia dapat tahu..masa nak SPM rasanyerr..lelaki tu cakap dia tak nak ganggu pelajaran kawan ana sebab tu dia bagitau lambat..hurmm sweet kan lelaki tu..tapi kawan ana tu tak pernah ada perasaan dekat lelaki tu sebab kawan ana tu anggap lelaki tu kawan biasa je..yelah kan dorang dah kenal lama..mestilah kawan ana ni tak anggap apa2 yang lebih2..sedih kan bila jadi macam ni..kesian kat lelaki tu..tapi lelaki tu tak pernah berhenti nak tawan hati kawan ana ni..macam2 yang lelaki tu buat tau..kadang2 sampai kawan ana ni tak larat dah nak layan lelaki ni..

sampai satu tahap kawan ana ni tak angkat kol lelaki tu,mesej pun tak berbalas..ana tau kawan ana ni tension tapi tak baik lah buat macam tu kat lelaki tu..lelaki tu pun ada perasaan jugak kan?? hurmm sampailah satu masa ni terbukti yang dia pun sukakan lelaki ni..just kawan ana ni je tak tahu perasaan dia sendiri..kadang2 dia cemburu dengan lelaki ni..kadang2 dia ingatkan lelaki ni..tu lah kan Allah ni Maha Pengasih..kalau lelaki tu memang jodoh kita, dia tetap dengan kita akhirnya kan?? tahun lepas tak silap ana..ana tahu yang dorang ni ehem ehem..hehe sangat comel..tapi dorang je yang tahu..kawan2 yang lain masa sekolah tak tahu yang dorang ehem ehem..punyalah rahsia kan dorang ni..

lelaki tu sangat baik dengan kawan ana tapi kawan ana je yang tak reti nak jaga dia elok2..ana bukan menggalakkan dorang ni kapel2..tapi ana rasa lelaki tu dah banyak sangat berkorban untuk kawan ana ni..malam tadi kawan ana ni cakap yang dia terlalu rindukan lelaki tu..haaaa!!! kan dah cakap..lain kali buat lagi macam tu kat orang..kan dah kena kat awak..ana tahu yang kawan ana ni sayang sangat kat lelaki tu..sebab tu dia buat macam2 kat lelaki supaya lelaki tu bencikan dia..ana tahu yang kawan ana ni tak sanggup lelaki tu kecewakan gf lelaki tu..kawan ana tak nak lelaki tu permainkan perasaan gf lelaki tu..biarlah kawan ana ni undurkan diri untuk lelaki tu tumpukan perhatian dekat study and gf dia sekarang..ana tahu kawan ana seorang yang tabah..dia tak nak lelaki tu tahu yang kawan ana ni terlalu sayangkan lelaki tu..lelaki tu lebih berhak untuk gf dia sekarang..ana respect kawan ana tapi dalam masa yang sama ana kesiankan lelaki tu sebab lelaki tu tak tahu pun yang kawan ana ni betul2 sayangkan dia..lelaki tu tak tahu yang kawan ana ni terlalu amik berat pasal lelaki tu..

sedih kan kisah kawan ana ni..huhu ana tak boleh buat apa2 just boleh dengar je cerita dia..ana simpati dengan kawan ana ni tapi tu jalan yang dia dah pilih kan..so dia kena terima seadanya lah..kan kan?? mungkin ada yang terbaik buat kawan ana..ana doakan terbaik buat kawan ana and lelaki tu.. ^^, Allah merancang yang terbaik buat dorang.. <3 <3

selamat malam sahabat2..sampai sini dulu..daaa~ Assalamualaikum..

Thursday, 1 March 2012

Rindu~~

Assalamualaikum teman2 sekalian..lama dah rasanyerr ana tak hupdate blog ni..perghhhh!!!! berhabuk gilerrr...hehehehe ^^, ana sibuk sikit sekarang..sekarang ni dah study week..yuhuuu nad!!! awak nak final dah..jangan lupa study..huhu takot takot sebab this sem semua kredit hour banyak..and subject this sem berat sangat.. =_=" huh!!!! beban beban tapi takpe ni lah perjuangan ana sebagai pelajar ana kena teruskan jugak kan..lagi setahun je lagi..insyaALLAH..pastu habis lah belajar..

entry kali ni ana nak cerita pasal 'RINDU'..hurmm rindu banyak maksud kan??? ana rindukan family ana kat KL..kawan2 ana..dekat sebulan dah ana tak balik KL..huhu takpe takpe nanti cuti sem lama..boleh lepas rindu lama2..hehehehe tadi ana ada bukak facebook kawan lama ana..tiba2 ana rindukan dia..rindu sangat..ana tak tau dia buat apa sekarang..kami ada je facebook tapi nak tegur payah..malu macam apa dah..segan sesangat..huhu al-maklumlah kawan sekolah rendah la katakan..ana rapat dengan dia since darjah satu..then masuk sekolah menengah kami sekolah lain..dia sekolah lelaki ana sekolah campur..since tu ana just teserempak je dengan dia..itu pun setakat kenyih2 macam kerang busuk..hahaha macam kelakar je bila ingat balik owhh..zaman sekolah kan.. ^^,

bila masing2 dah sekolah menengah,bila jumpa je malu2..yelah kan masing2 dah besar..dia pun tinggi melangit..dulu sama tinggi je..hehehe masa sekolah rendah dulu main tarik2 kerusi,kejar2..baling2 kasut lah..macam2..dulu ana ni ganas macam orang lelaki..hahaha dah masuk sekolah menengah sikit2 perangai tu hilang..heee tak senonoh ana ni..ala masuk tu budak2 lagi..memang lah..

hee..okayy sampai sini dulu..daaa~~ assalamualaikum.. ^^,