Thursday, 8 December 2011

10 Jihad Chenta ^___________^

 Assalamualaikum..ya habibi ya maulana..hee entry kali ni ana nak ceritakan pasal 'jihad chenta'..apa yang kalian paham pasal jihad?? jihad banyak maksud kan?? jihad chenta pulak?? huhuhuhu mari kita belajar apa itu jihad chenta.. :)


1.
╔═╦╗──╔╗
║╔╬╬═╦╣╚╦═╗
║╚╣║║║║╔╣╬╚╦╦╦╦╦╗
╚═╩╩╩═╩═╩══╩╩╩╩╩╝

Ya Allah…
Aku tidak meminta seorang yang sempurna,
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mataMu
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..
InsyaAllah aku akan mencintainya dengan cara yang sempurna walaupun aku bukan insan yang sempurna...
Amin ya Rabbal alamin.. :)





2. ░K░I░S░A░H░░C░H░E░N░T░A░


❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤ 
B: kenapa awak tak nak naik motor dengan saya? Bahaya tau jalan sorang-sorang.
G: mane boleh kite naik motor berdua. Haram la. Bukan mahram.
B: tapi saya tunang awak. Bakal suami awak.
G: Sebab awak bakal suami saya lah tak boleh.
B: Habis tu, siapa yang boleh? Takkan orang lain pulak yang boleh naik motor dengan awak?
G: Mesti laa orang lain. Dan orang lain itu adalah suami saya.
B: Suami awak? Awak dah kahwin dengan orang lain ke? Kenapa saya tak tahu? Awak jangan main-mainkan saya!!
G: Saya belum kahwin laa. Kalau awak kahwin dengan saya, awaklah suami saya. Tapi sekarang ni, gelaran awak hanyalah bakal suami saya. Belum jadi suami
saya lagi.
B: oowh.. macam tu. Tapi beza sikit je kan??Tak lama lagi jadi suami jugak.
G: Beza sikit awak kata? Banyak bezanya tau. Kalau pegang tangan suami dapat pahala. Tapi kalau pegang tangan bakal suami dapat dosa. Lagipun awak boleh jamin ke yang awak memang confirm akan kahwin dengan saya?
B: awak tak percaya kat saya ke? Operatelah dada, x-ray lah hati saya ni. Saya sanggup mati sebab awak tau.
G: Saya tetap tak percaya. Sebab, boleh ke awak cakap dengan malaikat Izrail macam ni, “nanti dulu. Bagi la aku kahwin dengan awek aku dulu. Lepas tu baru ambil nyawa aku.” Haaa..macam mana? Boleh?
B: ishhh..mestilah tak boleh. Tapi tu lain….
G: apa yang lainnya? Jodoh dan takdir tu kan di tangan Allah. Sebab tulah saya tak boleh layan awak macam suami saya. Saya hanya boleh layan awak sebagai bakal suami sahaja.
B: susahlah awak ni. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Susah betul.
G: kalau rasa susah, cari sahajalah bakal isteri yang lain. Kita belum bernikah lagi. Awak hanya bakal suami saya..Bukan suami saya..=)
❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤❀❤





3. ¸.•❤ TAUBAT SEORANG HAMBA ¸.•❤


★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★
Setiap manusia pernah melakukan DOSA...
Namun,dosa yang lalu biarkan ia berlalu..BERTAUBATLAH..
Kerana itu adalah jalan yg TERBAIK..
Teruskan melangkah dengan nafas yg BARU..
Tinggalkan segala kenangan yang PAHIT..
Jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk kita terus melangkah...
Kita mengharapkan redha ALLAH, BUKAN redha MANUSIA..
Teruskanlah melangkah, walaupun banyak rintangan yg harus kita tempuhi...
Ingat, ALLAh sentiasa ada untuk mereka yang memerlukanNYA...
InsyaAllah..
★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★*°˙˙°*★..★



4.  (¯`✿ KERANA CHENTA (¯`✿

✿ܓAku minta BERPISAH bukanlah kerana aku MEMBENCI,cuma aku bimbang kau bukanlah UNTUKKU..kau bukanlah JODOHKU dan diakhirnya kita MENYESALI masa yang terbuang dan SIA-SIA,yang akan berakhir dengan KEKECEWAAN dan yang lebih aku bimbangkan ianya berakhir dengan KEMURKAAN Allah..Astaghfirullah✿ܓ





5. ♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
♥♥ ...INDAHNYA CHENTA..♥♥
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

MENCINTAI…
BUKANlah bagaimana kamu melupakan…melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN!
BUKAN bagaimana kamu mendengarkan…melainkan bagaimana kamu MENGERTI!
BUKAN apa yang kamu lihat…melainkan apa yang kamu RASAKAN!
BUKAN bagaimana kamu melepaskan…melainkan bagaimana kamu BERTAHAN!


6. ♥☆.¸¸. DUHAI SAHABAT .¸¸.♥☆

~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*
Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

Nabi SAW bersabda :

“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)
~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*~♥*


7. •.,,.-°-★ DEMI CHENTA •.,,.-°-★
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫
Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)

8. ☆¨¯`♥ CHENTA DI HATIKU ☆¨¯`♥
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤•*¨¨*•.¸¸❤
Tak pernah DIA perbolehkan cinta kita bersemi sebelum waktunya.

Maka tak perlulah berharap & memberi harapan,

pada dia yang belum tentu DIA takdirkan untuk kita.

Allah bukan tak punya alasan mengapa hati kita harus terjaga,

dari cinta sebelum waktunya.

Kerana DIA tak ingin kita berdosa, kecewa & terluka.

Adakah kita menyedarinya.....?
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤•*¨¨*•.¸¸❤•*¨¨*•.¸¸❤

9. | ❁◕ ‿ ◕❁►SAHABAT DI HATI ◄❁◕ ‿ ◕❁ |

♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥
Aimi : Ibu,kenapa susah kita nak dapat sahabat yang betul2 bersifat sahabat?

Ibu : Anakku, Allah itu Maha Adil..kalau dalam mencari jodoh pun, kita dahulu yang perlu menjadi baik untuk mendapatkan yang TERBAIKkan??begitu jugalah dalam petua bersahabat, jadilah sahabat yang baik dahulu sebelum kita mengharapkan seorang sahabat yang baik..saat susah dan senang dia tetap bersama walaupun dia cuma mampu mengirimkan sepotong doa.
♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥ ♥ ☷ ♥


10. ”*°•✫ AWAK,SAYA NAK TANYA NIE!! ”*°•✫
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
♥ Awak boleh cinta Allah dan Rasulullah dulu sebelum menchentai saya ??
♥ Awak boleh imamkan solat saya ??
♥ Awak boleh bimbing saya mencari Chenta Illahi ??
♥ Awak boleh bimbing saya dlm menuju Syurga hakiki ??

♥ Soalan wajib tanya buat bakal suami ♥
(✿◕‿◕✿)
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪



harap kalian ceria dan paham apa yang ana cuba sampaikan..hee :)



 kbaiiii assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment