Assalamualaikum peeps!! hehehehe best kan tajuk entry ana kali ni?? kahwin?? bila pulak ana kahwin ni kan?? haha jangan terkejut pulak ekk, ana baru je beli novel ni.. Akhirnya Aku Kahwin..keluaran Alaf 21..dan penulis dia Herna Diana..best sangat cerita ni..berkisarkan komedi romantik..dan sangat comel..okayy meh sini ana cerita serba sedikit pasal novel ni.. ^_____^ *teruja sangat nehh
Kisah ni bermula apabila Didi (Diana) seorang yang 'comel'..selalu diejek oleh rakan sekerja dan menjadi mangsa buli..Didi suka main facebook dan nickname Didi dalam facebook Anak Tabuan Comel..hee *comel kan?? dalam facebook Didi ni berkenalan dengan seorang mamat ni..mamat tu lah tempat dia menceritakan segala-galanya..tempat dia mengadu..Didi menyimpan perasaan terhadap Lan iaitu kawan sekerja Didi..suatu hari dia bertemu dengan Saiful dalam keadaan yang dia tidak sangka..dia hampir melanggar Saiful..Saiful merupakan orang asing yang tidak pernah dikenalinya tetapi lama-lama menjadi rapat dan Saiful menjadi abang angkat Didi..keluarga Didi mengenali Saiful dan menganggap Saiful seperti anak mereka sendiri..tanpa Didi sedari Saiful merupakan anak kepada CEO tempat Didi bekerja..ayah dan mama Saiful juga telah menganggap Didi seperti anak mereka sendiri..
Tanpa diduga Saiful mempunyai adik lelaki yang belajar di London bernama Syafizi..Syafizi muncul di dalam hidup Didi dan selalu membuatkan Didi meluat dengan perangai dia yang seperti 'mulut nuklear'..Syafizi suka menggelarkan Didi Debab..lama-kelamaan Didi semakin benci dengan perangai Syafizi yang menyakitkan hati Didi..Syafizi tidak seperti Saiful yang menghormati Didi..lain perangai Syafizi jika nak dibandingkan dengan Saiful..jauh sekali..tapi tanpa diduga Syafizi menyimpan perasaan kepada Didi..Syafizi cintakan Didi tetapi dengan cara menyakat dan membuatkan Didi marah kepadanya..betul kata orang-orang tua kan kalau kita nak benci seseorang jangan terlalu benci sebab nanti kita akan rasa sayang..huhuhu akhirnya Didi dan Syafizi berkahwin.. *ana buat ringkasan je..nak tau lebih lanjut kena lah beli buku tu..huhuhuhu
ehhh!!! jap jap!! ana nak uploadkan gambar novel tu..boleh korang semua beli..kulit novel tu pun menarik tau..gambar facebook lagi..hehehe
selamat membaca yerr.. sekian dulu kali ni.. *bila ana baca novel ni sejibik macam diri ana..hahahaah berangan lahh tu.. wink wink ^_____< assalamualaikum semua.. ^^,